Petua.com

Petua untuk kehidupan dan kesihatan.

Petua-petua ini sudah pun diamalkan oleh orang-orang tua sebagai amalan rutin mereka seharian. Cuba-cubalah untuk diri kita. Semoga ianya memberi manfaat untuk kehidupan dan kesihatan. Insyaallah. Selamat mencuba.

 

Dalam laman Petua.com ini terdapat serba-sedikit pengetahuan mengenai petua dan juga amalan kesihatan yang selalu diamalkan oleh orang terdahulu dan sekarang. Cuma bagi sesetengah orang mempunyai cara dan amalannya tersendiri. Dan ianya tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan di laman ini. Namun bagi orang Islam amalan seperti doa-doa pendek harian juga sudah menjadi amalan harian setiap hari. Di bawah ini akan diterangkan mengenai petua, amalan dan bacaan doa dari ayat Al-Quran.

 

Amalan mudah setiap hari.

Di sini diceritakan amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain. Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30. adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan. Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa. Jika diamalkan boleh menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu juga ketika menggosok gigi. Jangan ambil ringan ketika memberus gigi. Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk. Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut. Selepas itu lakukan solat Zohor. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada waktu pagi, lakukanlah seperti permulaan tadi. Lakukanlah rutin ini setiap hari kerana ianya ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat saja macam ini. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah tambah. Semoga kehidupan lebih ceria dan sihat. Secara ringkasnya, kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan, membersihan diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain. Selain itu solat jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah. Hidup tak sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya. Selamat mencuba.

 

Sakit kepala.

Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

 

Mulut harum.

Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

 

Membersihkan perut.

Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

 

Sakit tekak.

Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa kali hingga hilang sakit tekak.

 

Hilangkan kesan campak muka.

Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa hari. Insyaallah ia akan hilang.

 

Hilangkan bau badan.

 

Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

 

Tegang kulit.

Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

 

Jerawat?

Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering dan bersihkan. Amalkan semasa naktidur dan bersihkan apabila bangun tidur. Selamat mencuba.

 

Kelebihan surah Al-Fatihah.

  1. Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh.
  2. Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.
  3. Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.

 

Kelebihan surah Al-Mulk.

  1. diriwayatkan At tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. "surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur".
  2. "Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"

 

Laman ini akan di kemas kini dari masa ke semasa. Segala petua dan panduan akan ditambah lagi. Ikut perkembangan laman ini dengan disimpan dalam bookmark.